Wednesday, December 23, 2009

AL KISAH SI KITOL DAN PENCACAINYA


Tak habis lagi cerita pasal si KJ, yalah dari cara yang aku lihat sekarang ni, nampaknya pencacai dan penjilat si KJ ni sudah menggelupor kepanasan! Aku nak share beberapa kisah dengan korang semua kat bawah ni, sila baca dan hayati sepenuhnya!

1. KJ, FAM dan parlimen Rembau

Habis riuh blogger-blogger Pro KJ memuji-muji dan mengangkat bos mereka oleh kerana kemenangan skuad bolasepak negara dalam perlawanan akhir Sukan SEA menentang Vietnam beberapa hari lalu.

Yang menganggu fikiran saya ialah apa kena mengena kemenangan skuad bolasepak negara dengan KJ?

Apabila skuad bolasepak negara tewas, semuanya senyap. Yang disalahkan ialah jurulatih dan pemain-pemain tetapi bukan KJ. Ketika mereka menang, KJ yang dilambung.

Pada ketika usaha melobi untuk menjadikan KJ sebagai Timbalan Menteri sedang hangat dilakukan, tahukah anda apa yang berlaku di Rembau?

Rembau diserang hebat oleh calon PKR yang hampir menewaskan KJ dalam pilihanraya umum lepas.

Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard dan konco-konconya giat bekerja di Rembau seolah-olah beliau adalah ahli parlimen disini.

Walaupun Chegubard dan konco-konconya tidaklah begitu ramai, kerja keras yang dilakukan oleh mereka menyebabkan beliau menjadi popular di kawasan parlimen Rembau. Mengapa ini berlaku?

Ini adalah kerana Ahli Parlimen Rembau sibuk melobi untuk menjadi Timbalan Menteri dan heboh untuk menjadi jaguh bolasepak sehinggakan kawasan sendiri tak terjaga.

Terbaru Chegubard dan konco-konconya telah membina hentian bas di Taman Bunga Raya di Rantau (dalam kawasan parlimen Rembau). Klik disini.

Jika perkara sebegini berterusan, tidak mustahil parlimen Rembau yang merupakan kubu kuat UMNO zaman berzaman akan jatuh ketangan pembangkang dalam pilihanraya akan datang. Ahli Parlimen Rembau terlalu sibuk melobi untuk menjadi menteri.

Sudahlah Pemuda UMNO tidak terjaga, kini parlimen Rembau pula dalam bahaya. Apakah orang sebegini hendak dimasukkan kedalam kabinet?

Sekarang tanpa apa-apa jawatan dalam kabinet pun parlimen Rembau tidak terjaga, apa lagi ketika KJ sudah berada dalam kabinet?

Seharusnya parlimen Rembau dijaga rapi oleh kerana calon pembangkang mendapat undi yang terbesar dalam sejarah kerusi parlimen Rembau pada pilihanraya lalu.

Ini tidak, yang disibukkannya ialah untuk jadi menteri. Alahai anak omak!

Anak Jati Rembau

2. Benarkah KJ akan masuk kabinet? Untuk bacaan selanjutnya klik disini

3. Sahabat Pun Tak Berani Mengaku Kawan KJ..nak tahu selanjutnya klik disini

4. Banyak sudah kita bongkarkan mengenai si menantu yang Pak Mentuanya tengah bina mahligai di pusat bandar KL, klik sini.

5. Yang ini mesti korang kena baca especially part komen dia sebab anda boleh menilaikan sendiri betapa pendeknya akal si pencacai dan penjilat KJ ni..

Tak pasal-pasal bola pun dah dijadikan sasaran sang golongan penyokong tuli nak mampos si anak omak ni, makin getik dan meluat pulak rasanya melihat perangai mereka yang berbayar ni la! Demi duit mereka ni sanggup jual AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!