Sunday, December 27, 2009

UMNO sudah Tua dan nyayok, bersandiwara di Selangor menyerang Pakatan Rakyat


Media arus perdana yang pro-kerajaan hari ini semacam secara terancang mula menyiarkan dan membesar-besarkan berita mengenai sekumpulan yang saya anggap sebagai pelakon upahan baru bagi menjayakan rancangan licik bagi melemahkah Pakatan Rakyat.

Tindakan sekumpulan sekitar 20 orang yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran kononnya dari rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Sekali dengar dan menyaksikan pemberitaan mengenai kumpulan ini seolah mengambarkan betapa Pakatan Rakyat sudah dalam keadaan benar-benar tersepit dan dalam keadaan bahaya akibat dari himpunan haram yang dihalalkan oleh UMNO itu.

Namun suka saya ingatkan bahawa inilah sebenarnya tembelang dan satu tindakan bodoh yang semakin meneggelamkan UMNO di negeri Selangor khususnya.

Tindakan UMNO menaja sekelompok yang sangat kecil jumlahnya itu untuk kononnya menunjukkan ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dan mendesak dengan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar sebenarnya memberi isyarat yang jelas itu adalah permainan dan slogan yang dimainkan UMNO untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kumpulan yang sekecil itu adalah kumpulan yang sama sekali tidak boleh mengambarkan itulah hasrat dan perangai ahli PAS yang kononnya bencikan sangat kepada pakatan Rakyat. Sebaliknya itulah kebimbangan UMNO yang dibawa oleh kumpulan itu. UMNO dan BN lah yang sangat takut dan bencikan Pakatan Rakyat, apalagi periuk mereka nanti akan diisi dengan pasir bila mereka kalah dan tersungkur nanti.

Kejayaan Pakatan Rakyat melangsungkan satu Konvensyen kali pertama yang bersejarah dan ianya berlaku di Selangor menambahkan lagi kebimbangan UMNO dan BN.

Kekuataan Pakatan Rakyat yang menjadi pilihan utama rakyat sehingga sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar ucapan bahawa pada PR ke 13 Pakatan Rakyat akan menduduki Putra Jaya, itulah sebenarnya pokok persoalan dan kebimbangan UMNO dan BN sehingga mereka nampaknya sudah semacam sudah hilang pedoman dan melakukan apa saja langkah untuk menyerang Pakatan Rakyat walaupun dalam banyak hal rakyat sebenarnya menilai dan mentertawakan UMNO dan BN yang sudah "tua" dan "nyayok" itu.

Mahukah Kita Melihat KJ Menjadi Menteri?



Rencana di bawah ini pernah kami siarkan sebelum ini ketika timbul ura-ura Khairy Jamaluddin akan dilantik menjadi menteri. Perkara itu bagaimanapun reda seketika.

Namun, ribut mengatakan Khairy Jamaluddin mungkin dipilih menjadi menteri kini kuat kembali.

Ada pihak berkata ia isu perlantikan direka dan ditaburkan oleh KJ dan rakan-rakannya sendiri. Mereka sendiri mahu mewujudkan gambaran agar KJ dilihat layak menjadi Menteri.

Mengenali perwatakan KJ, maka ia tidak mustahil.

Bagi memastikan UMNO tidak sekali lagi melalui zaman kegelapan dan kemusnahan, maka usaha harus digerakkan dengan apa cara sekalipun bagi memastikan KJ tidak terpilih ke mana-mana jawatan dalam Kabinet.

Berikut adalah rencana yang pernah disiarkan dalam Malaysia-instinct.com sebelum ini.

Ada spekulasi yang tersebar mengatakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan dilantik ke jawatan menteri setelah pengumuman mengenai KPI dibuat tidak lama lagi.

Entah benar atau tidak tetapi menyedari perangai KJ yang kuat makan duti rakyat (semasa era Abdullah Badawi dulu), sombong, kurang ajar dan cita-cita melanggit menjadi Perdana Menteri termuda, elemen pemusnah seperti KJ ini perlu disekat sama sekali.

Tidak dapat disahkan pihak mana yang menyebarkan berita bahawa KJ akan dilantik, mungkin oleh KJ dan rakan-rakannya sendiri, namun yang pasti kita tidak boleh memandang rendah perkara itu.

Hari ini KJ yang terpinggir dalam Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya bersungguh-sungguh membawa imej yang baik dan bersih serta merendah diri di mata orang, tetapi kalau tengok belang sebenar dia masa Pak Lah dulu, mamat KJ ini sememangnya seorang yang harus semua pihak berhati-hati.

Dia ni memang pandai manipulasi orang.

Najib sebelum ini semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan memberitahu bahawa hak untuk menentukan ahli Kabinet adalah hak mutlak beliau.

Yea Datuk Seri, kami semua patuh dan hormat dengan begitu tinggi kedudukan dan kebijaksanaan Datuk Seri. Itu tidak boleh dinafikan.

Namun, kalau ada cadangan untuk melantik KJ sebagai menteri, tolonglah fikirkan secara mendalam.

Sebelum ini, masa KJ tidak dilantik menjadi Menteri pun tidak ada sesiapa yang marah. Malah semua orang, dalam UMNO atau luar UMNO bersorak gembira melihat KJ tidak diberikan jawatan.

Itulah mood rakyat sebenarnya, kalau boleh KJ perlu ditendang keluar daripada UMNO terus.

Memang hak Datuk Seri Najib untuk melantik sesiapa yang beliau fikirkan layak menjadi menteri, namun sedikti sebanyak rakyat pun tetap juga ada hak untuk memberikan pandangan masing-masing.

Dan dalam spekulasi membabitkan KJ, maka harapnya ia tidak akan menjadi realiti.

Selepas begitu banyak pembaharuan dan kejayaan yang dibawa Najib, maka akan luluh jugalah hati dan jiwa rakyat jika individu yang paling dibenci dalam era gelap Pak Lah (KJ) dibenarkan duduk dalam Kabinet.

Namun kita semua tahu Najib seorang pemimpin yang benar-benar memberikan perhatian terhadap apa yang rakyat mahukan.

Kepada yang risau dengan spekulasi KJ akan dilantik ke jawatan menteri, boleh menulis kepada beliau di blognya http://www.1malaysia.com.my/.

Pasti beliau akan memberikan respon yang terbaik.

Sumber: Malaysian Instinct

Bukan itu saja, jangan lupa dia ni juga adalah salah seorng yang cuba nak menghancurkan karier politik DS Najib! Ayuh kita ramai-ramai memberi komen di Blog PM supaya dia ni tidak dilantik menjadi menteri! Kesian DS Najib, kita mesti sokong dia dan pastikan tiada lagi serangan tanpa belas kasihan dari musuh dalam selimut ini!

sila lihat salinan ini. http://www.parpukari.blogspot.com

Pemimpin UMNO Lasbian - Kekasih Azalina

Gambar ini tersebar meluas sekarang sebagai kekasih Azalina yang dikatakan turut menyertai rombongan keluaraga Azalina ke luar negara beberapa minggu baru baru ini.Seorang ibu tunggal yang merupakan seorang pensyarah di UITM di Fakulti Bahasa.

Wednesday, December 23, 2009

Rosmah sergah wartawan, kenapa tak marah Tian Chua

Oleh: Nan Binjai

"Datin Seri Rosmah Mansor sengen (sergah) kepada wartawan bila bertanyakan soalan wang seludup RM600 ribu diberi kepada beliau.

Isteri Perdana Menteri, Najib Tun Razak itu cukup marah kepada wartawan yang bertanyakan kepada beliau soalan tersebut tetapi kenapa dingin dengan Tian Chua yang membuat tuduhan itu.

Wanita pertama Malaysia itu tidak pula mahu dan heret Tian Chua ke mahkamah. Kenapa tidak cari Tian Chua hingga ke lubang cacing sebaliknya melenting kepada wartawan yang bertanyakan soalan itu.

Memang kerja wartawan membuat laporan checks and belance. Memberi peluang seluas-luasnya kepada pihak dituduh menjawab bagi pihaknya daripada gosip liar penuduh.

Jika tidak diberi peluang kepada pihak dituduh menjawab macam kebanyakan amalan blogger maka ia dipanggil bais atau laporan berat sebelah.

Jadi wartawan yang bertanyakan mengenai tuduhan Tian Chua itu mengikut ertika kewartawanan untuk memberi ruang kepada pihak yang dituduh menjawab gosip penuduh.

Kenapa pula Rosmah perlu sergah kepada wartawan yang mahu memberi ruang kepada beliau membela diri?

"Tak patut..." kata Mail yang terkenal dengan dua seringgit dalam filem aminasi Upin dan Ipin di tv.

"Betul... betul... betul" balas Ipin.

Habis doh cerita tu... ini cerita Ukin pulak yang terkenal berperangai baik dan suka menasihati, mahu juga ingatkan Rosmaria dia tu.

Maka berkatalah Ukin: "Baiklah mungkin Ros tidak suka soalan peribadi tetapi Ros patut fikir bahawa tuduhan itu telah menjatuhkan maruah kita sebagai dara pertama Malaysia.

Kalau Ros tidak suka menjawab maka sebaiknya kita guna saluran kedua iaitu kita saman apek tu di mahkamah. Apek tu betul-betul telah menjatuhkan reputasi dara pertama Malaysia. Kalau kita tidak berbuat demikian kita akan merundum.

Ros patut sedar atau jangan buat tidak sedar tentang dunia maya banyak membincangkan moral kita selaku isteri kepada ketua sebuah negara.

Jika Ros tetap tidak mahu melayan pertanyaan media atau mahu buat `donoo' kepada perkara yang ditimbulkan Apek tu, Ros jangan harap orang akan sokong BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahu ke Ros menjatuhkan abe dalam pilihan raya nanti? Tentu Ros tidak mahu tetapi Ros patut sedar tindak tanduk Ros boleh menjatuhkan abe dalam pilihan raya akan datang.

Bagi menghalang pembangkang menjatuhkan abe maka Ros patut membersihkan diri. Kalau boleh Ros perlu mandi bunga untuk buang perkara yang terpalit benda-benda kotor.

Ros jangan percaya sangat perkara tahyul tu... ilmu hitam tu... jangan dilayan. Kalau isu tahyol kita nak guna jalan kedua iaitu mahkamah, mungkin dia tak makan saman.

Itu pun kena abe sokong cadangan hok orang panggil Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Harun Din yang cadang buat undang-undang hukuman keatas pengamal sihir.

Tapi Ros oii.. hok bab RM600 ribu ni macam mana? Takkan nak mandi bunga juga! Ni kita kena cari idea, jangan sampai abe jatuh. Kita tidak boleh diam saja...

Kalau malas fikir, kita jawab je pertanyaan wartawan atau kita saman je Apek tu. Susah sangat kita cari je Apek hingga ke lubang cacing... kita ISAkan dia.

Tapi susah juga abe nanti sebab abe dah lepas orang keluar ISA takkan abe nak tangkap orang politik sumbat ISA.

Ohhh... Ros selamatkan abe... Ros. Jangan buat macam ni Ros nanti abe jadi ketua sebuah negara berumur paling pendek dalam dunia.

Idea Ros... idea Ros... selamat dunia hijau... jangan ditambah letupan, kotorkan dunia... selamatkan abe. Abe mahu lupakan negara Monggolia. Dia bukan negara cantik untuk dilawati.

Ros... pulihkan nama Ros. Kalau Ros pulihkan nama Ros, abe pun selamat.

Berikut berita wanita pertama Malaysia sergah wartawan dalam sidang akhbar yang dilaporkan Malaysiakini:

Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'

Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan.

"Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah (foto atas, kanan) hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."

Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata:

"Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"

Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.

Hadir sama dalam program tersebut, menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pada 17 Disember lalu, ahli parlimen Batu mendakwa, satu pihak - yang tidak dinamakan - membuat pemindahan wang itu kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri. http://nanbinjai.blogspot.com"

UMNO dan Hukum Islam

"Soalan bila UMNO nak jalankan hukum perundangan Islam yang merangkumi hudud,qisas dan takzir sebenarnya sudah lama diutarakan namun atas dasar kesedaran penulis ingin mengutarakan isu ini semula.
Kewajipan menjalankan adalah fardhu ain bagi ulul amri/pemerintah(g rujuk tafsir).

Perkara ini bukan perkara baru bagi umno tapi seolah-olah isu perundangan islam ini dipinggirkan seiring dengan arus pemerintahan umno sehingga kini.

Kejadian jenayah yang berlaku di dunia ini, mahupun di Malaysia ini tidak akan selesai, selagi mana tidak kembali kepada hukum Islam itu.Besar mana pun gahnya tamadun yang cuba kita bina ia akan hancur jika tidak berpaksikan ajaran Allah s.w.t yang suci.

Kewajipan Umno melaksakan hukum islam ini adalah wajib kerana dari dahulu sehingga sekarang Umno tetap memerintah Malaysia.Umno mempunyai kuasa untuk melaksanakannya, namun sampai hari ini tidak ada usaha pun untuk menjadikan ia realiti.Pas berupaya melaungkan hukum ini sehingga seluruh masyarakat mengetahui adanya hukum tuhan yang bernama Hudud itu.

Mengapakah kerajaan tidak serius untuk beralih kepada usaha membinanya dan bukan memberikan alasan semata-mata hukum ini tidak dapat dilaksanakan dalam masyarakat majmuk.

Kalau PM Najib setuju, sila arahkan panel untuk mengkaji dan melaksanakan hukum ini.Sila guna jabatan agama yang ada.Saya yakin ramai yang tidak tahu makna qisas,hudud dan takzir jadi PM boleh arahkan media negara yang ada untuk memberi penerangan kepada masyarakat di Malaysia.

Kita lihat juga situasi mahkamah syariah negara yang kondisinya perlu dipertambaik bukan 50 peratus tapi 200 peratus dan kita juga melihat ada isu yang sepatut dibicara di mahkamah syariah namun dibicara di mahkamah sivil.Umno perlu sedar,umat Islam melayu di negara ini pernah dalam sejarah melaksanakan hukum Islam ini maka wajar sangat sekarang ini umno berikan komitmen untuk isu ini.

http://prostrategik.blogspot.com/

Salleh Man - Tuntutan UMNO sudah terlambat

GEORGETOWN - Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man menyifatkan tuntutan UMNO Pulau Pinang terhadap jawatan Pengerusi BN negeri dari tangan Gerakan sebagai ‘sudah terlambat’ dan hanya bertujuan untuk menipu orang Melayu di negeri ini bertujuan meraih sokongan mereka semata-mata.


Mohd Salleh juga mendakwa, UMNO pernah menggunakan taktik yang sama sewaktu berkempen pada pilihan raya umum 1986 apabila parti itu berjanji akan menjadikan seorang wakil mereka Ketua Menteri jika memenangi 12 kerusi yang dipertandingkan meskipun mereka mengetahui jawatan Ketua Menteri masih tetap akan dipegang oleh Gerakan.


“Sudah terlambat untuk UMNO Pulau Pinang membuat tuntutan sebegitu kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah sedar akan temberang mereka yang cuba mencetuskan propaganda hanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu semata-mata, meskipun mereka menyedari Gerakan tidak akan sesekali memberi peluang kepada UMNO untuk mengetuai BN peringkat negeri.


“Mungkin UMNO sebelum ini rasa berkuasa sebab mereka satu-satunya parti komponen BN yang memenangi kerusi pilihan raya umum lalu hingga berani mengemukakan tuntutan sedemikian, namun mereka harus sedar, kemenangan yang dikecapi mereka bukan disebabkan kekuatan UMNO sendiri, namun disebabkan oleh pengaruh BN yang masih kukuh,”katanya.


Mohd Salleh berkata, pergolakan yang berlaku dalam BN Pulau Pinang sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada PR kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah mula buka mata akan situasi sebenar BN yang semakin parah dan berpecah-belah.


Sementara itu, DAP menyifatkan tuntutan jawatan Pengerusi BN negeri oleh UMNO Pulau Pinang daripada Gerakan tidak akan mengubah persepsi rakyat negeri ini terhadap kepimpinan BN yang tidak telus dan lemah.


Setiausaha DAP Negeri, Ng Wei Aik berkata, tuntutan UMNO jelas memberikan gambaran sebenar kepada rakyat bahawa parti itu rakus untuk membolot jawatan yang ditawarkan di peringkat negeri, meskipun ianya sebelum ini dipegang oleh rakan parti komponen yang lain sekali gus menyerlahkan lagi sikap diktator parti itu.


Menurutnya, perbalahan yang tercetus antara UMNO dan Gerakan bukan perkara baru memandangkan sebelum ini pernah berlaku kejadian koyak gambar Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon oleh beberapa ahli UMNO pada tahun lalu dan tindakan Gerakan meminta maaf kepada UMNO meskipun berlaku provokasi ke atas parti itu menunjukkan ia parti yang lemah dan terpaksa mengikut telunjuk UMNO.


“Sebagai sebuah parti yang kononnya sudah mengepalai kepimpinan BN di Pulau Pinang selama 35 tahun, mengapa Gerakan masih lagi berdiam diri dan mengeluarkan kenyataan akan menghormati setiap keputusan yang dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak walhal mengetahui beliau juga merupakan Presiden UMNO di samping tidak dapat menolak kemungkinan keputusan bakal berpihak kepada UMNO Pulau Pinang.


“Di mana perginya kewibawaan Gerakan yang masih lagi cuba bertolak-ansur dengan UMNO meskipun sedar parti itu banyak kali ‘dipijak’ oleh rakan parti komponennya itu. Senario ini tidak pernah berlaku dalam PR memandangkan setiap parti yang menyertai pakatan menjalinkan kerjasama kukuh dan sentiasa berbincang secara dalaman untuk menyelesaikan masalah,”katanya sewaktu melawat bangunan penjaja yang baru dibina Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Pasar Jalan Anson, di sini, semalam.


Wei Aik berkata, beliau juga bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Gerakan sememangnya tidak pernah buat kerja dan jarang turun padang untuk mendekati masyarakat Pulau Pinang dan menjelaskan, masalah itu bukan berlaku sejak dua tahun lalu, malah berlarutan sejak tahun 1980 lagi.


“Sewaktu pemerintahan Gerakan di Pulau Pinang sebelum ini, parti itu tidak pernah mencari inisiatif tambahan untuk menambahkan ‘kantung’ Kerajaan Negeri, sebaliknya hanya bergantung harap semata-mata kepada peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.


“Perkara ini berbeza dengan Kerajaan Negeri pimpinan PR yang sering mencari alternatif terbaik untuk menambahkan pendapatan dan saya yakin, jika UMNO Pulau Pinang berpeluang sekalipun untuk menerajui kepimpinan BN di negeri ini, persepsi rakyat terhadap BN tidak akan berubah kerana rakyat kini sudah semakin yakin dengan kepimpinan PR,”katanya.

Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Karya bekas editor kanan akhbar berpengaruh Asian Wall Street Journal itu kini ditahan pihak berkuasa Malaysia di Pelabuhan Kelang tanpa sebarang alasan.

Mengulas tindakan menahan buku tersebut di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang "perlindungan" daripada kerajaan dengan berbuat demikian.

Beliau malah menggesa buku setebal 368 halaman terbitan Palgrave Macmillan itu dibenarkan beredar di negara ini.

Selain itu, Dr Mahathir juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, Wain dan Malaysiakini jika tuduhan-tuduhan dalam buku tersebut didapati tidak benar oleh suruhanjaya diraja tersebut.

Bersetuju dengan gesaan Lim, mantan perdana menteri berkata penubuhan suruhanjaya itu lambang kesungguhan Datuk Seri Najib Razak "membanteras rasuah" di negara ini.

Dr Mahathir bagaimanapun meletakkan beberapa syarat, antaranya suruhanjaya itu nanti harus turut menyiasat penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dituduhnya menyebabkan kerugian akibat pembatalan beberapa projek yang dimulakannya.

Beliau juga mencadangkan anggota-anggota suruhanjaya itu disertai oleh tokoh-tokoh berwibawa dari luar negara, termasuk pemimpin NGO anti-rasuah terkenal Transparency International, selain pegawai lantikan kerajaan.

Kenapa Tun Mahahthir nak letak syarat pulak . Takut mahu duduk seorang di Penjara Sungai Buluh nak ajak Pak Lah teman pulak. Eloklah tuh , Tiga orang kat Penjara Sungai Buluh , Mahahthir Pak Lah dan Anwar Ibrahim.